Serai Legakan Sesak Nafas
Mengalami
masalah sesak nafas biasa dialami mereka yang mempunyai masalah asma atau
semput. Kesukaran bernafas memang sangat menyakitkan dan boleh mengganggu
aktiviti seharian. Masalah ini boleh menyerang semua peringkat manusia tidak
kira tua atau muda, kanak-kanak atau orang dewasa.
Selain
menggunakan ubat-ubatan kimia, anda boleh juga mencuba petua tradisional untuk
merawat masalah sesak nafas ini. Serai yang sering digunakan untuk tujuan
memasak sebenarnya ada manfaat untuk merawat masalah sesak nafas. Cara-caranya
seperti berikut:
1. Ambil
kira-kira 10 batang serai, cuci hingga bersih kemudian rebus dengan dua gelas
air.
2.
Sebelum mendidih, campurkan gula merah secukupnya.
3. Bila
sudah mendidih, biarkan sehingga airnya tinggal segelas.
4.
Kemudian sejukkan sekejap, kemudian ditapis.
5.
Minumlah air rebusan serai yang sudah ditapi sekali setiap hari, iaitu setiap
pagi sebelum makan.
No comments:
Post a Comment