Kawal Berat Secara Alami
Buah
lemon yang masam manis memang sedap dibuat minuman. Baunya yang harum juga
mampu menghilangkan rasa loya di awal kehamilan. Namun di sebalik itu lemon
juga buah yang banyak khasiatnya kepada pelbagai masalah kesihatan dan
kecantikan secara semula jadi.
Kajian
yang dilakukan oleh pakar mendapati mengambil buah lemon yang kaya denga asid
sitrat dan aromanya yang melegakan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang
yang minum perahan lemon di pagi hari.
Ia memang
sesuai diamalkan oleh mereka yang memang sedang dalam proses menurunkan berat
badan dan mendetoks badan. Jus lemon boleh digunakan secara bersendirian atau
dicampur dengan madu, air masak atau buah-buahan lain.
Menurunkan berat badan
Amalkan
minum air suam dicampur perahan lemon tanpa campuran gula setiap pagi. Ia
dikatakan mampu membantu menurunkan berat badan.
Detoks
Buah
lemon memang terkenal sebagai bahan semula jadi untuk membuang toksin yang ada
dalam badan atau detoksifikasi. Caranya sama seperti kaedah menurunkan berat
badan.
Bahkan
khasiat minum jus lemon juga dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran enzim
dalam paru-paru yang boleh meningkatkan pembuangan air kencing serta
membersihkan buah pinggang.
sumber http://pama.karangkraf.com
No comments:
Post a Comment