Sayur
kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam
pedas. Ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di
dalamnya.
Namun
terdapat banyak khasiat tersembunyi di dalam sayur ini. Buahnya dikatakan mampu
membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.
Sementara
biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air
kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.
Bahkan
ada orang mengamalkan makan bendi kerana dikatakan mampu mengurangkan masalah sukar
bersalin.
Air
rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan
bisul. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan
sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalam
buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.
Air
rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong
dan hidung.
Dikatakan
kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan
mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian
tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas). Keesokannya,
keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu.
sumber http://pama.karangkraf.com
No comments:
Post a Comment