Tuesday, 1 April 2014

Berita tentang rumpai laut dalam akhbar utama

Bisnes


11 syarikat keluar rumpai laut

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan pengeluaran 35,000 tan metrik rumpai laut tahun ini menerusi pembabitan 11 syarikat dalam Projek Estet Mini Rumpai Laut di Sabah.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata, selain menggandakan pengeluaran, pembabitan syarikat itu bertujuan meningkatkan dan memperbaiki kaedah pengeluaran rumpai laut bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

baca selanjutnya di :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/

ARKIB : 29/04/2011

Rumpai laut sumbang RM1.4 bilion menjelang 2020

KOTA KINABALU 28 April - Pengeluaran rumpai laut di negeri ini disasarkan memberi sumbangan yang signifikan kepada ekonomi negeri dengan sumbangan Keluaran Negara Kasar bernilai RM1.4 bilion menjelang 2020.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, industri yang berpotensi itu juga dijangka berupaya mewujudkan 12,700 peluang pekerjaan menjelang tempoh tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


ARKIB : 01/12/2010

Fitrah Food hasilkan rumpai laut


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Melihat kepada pengeluaran dan permintaannya yang begitu tinggi, tentu ada bertanya apakah sebenarnya kegunaan rumpai laut.
Secara asasnya, tumbuhan jenis mikro alga yang juga dikenali sebagai agar-agar itu mempunyai kegunaan yang cukup luas terutama dalam industri makanan.
Disebabkan permintaan yang tinggi dan nilai pasaran yang agak memberangsangkan, Syarikat Fitrah Food Sdn. Bhd. mula meneroka dan menghasilkan produk yang berasaskan rumpai laut untuk pasaran tempatan dan juga luar negara.
Ditubuhkan pada 2000, syarikat berkenaan mula menjalankan kajian dan penyelidikan (R&D) mengenai pemprosesan rumpai laut kering untuk pasaran tempatan.
Pengarah Eksekutifnya, Hashim Muhammad berkata, syarikat itu kemudiannya meluaskan aktiviti dengan menghasilkan produk makanan yang mampu menembusi pasaran luar negara dan mempunyai nilai pasaran yang menggalakkan.
''Semua bahan mentah untuk menghasilkan produk tersebut diperolehi daripada pengusaha rumpai laut di kawasan Semporna, Sabah.
''Produk ini mendapat permintaan tinggi kerana ia sesuai digunakan dalam penghasilan beberapa produk hiliran seperti bahan makanan,'' katanya ketika ditemui pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di sini hari ini.
Menurut Hashim, antara produk yang dihasilkan oleh syarikatnya ialah minuman rumpai laut dengan lemon; kolagen rumpai laut dan juga rumpai laut segar.
Tambahnya, produk yang dihasilkan syarikatnya yang beroperasi di Subang Jaya itu juga boleh menggantikan perisa bagi daging untuk individu yang mengamalkan pemakanan yang berasakan sayuran.
"Ia juga kaya dengan iodin, vitamin B, C dan asid folik yang baik untuk kesihatan. Alhamdulillah, permintaan ketika ini amat memberangsangkan sehingga kami terpaksa mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak bagi menampung permintaan yang tinggi," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?



ARKIB : 27/09/2010

Memproses produk rumpai laut



SEBAHAGIAN daripada proses menghasilkan produk carrageenan separa tulen daripada rumpai laut.


MELIHAT kepada pengeluaran dan permintaannya yang begitu tinggi, tentu ada bertanya apakah sebenarnya kegunaan rumpai laut. Secara asasnya, tumbuhan jenis mikroalga yang juga dikenali sebagai agar-agar itu mempunyai kegunaan yang cukup luas terutama dalam industri pembuatan, perubatan dan kosmetik.
Di negara ini, aktiviti memproses dan menghasilkan produk rumpai laut mentah diterajui oleh sebuah syarikat tempatan dikenali sebagai Tacara Sdn. Bhd.
Ditubuhkan sejak tahun 1997, ketika itu syarikat berkenaan mula menjalankan kajian dan penyelidikan (R&D) mengenai aktiviti pemprosesan rumpai laut kering untuk pasaran eksport.
Beberapa tahun selepas itu, syarikat tersebut terlibat pula dalam penghasilan produk carrageenan separa tulen untuk digunakan sebagai bahan penstabil dan pengimulsi makanan.
Menurut Pengarah Eksekutifnya, Chung Thau Yong, produk carrageenan separa tulen itu dihasilkan dalam bentuk serbuk, gel dan juga cip.
‘‘Semua bahan mentah untuk menghasilkan produk carrageenan separa tulen diperolehi daripada para penternak rumpai laut di kawasan Semporna.
‘‘Produk ini mendapat permintaan tinggi kerana ia sesuai digunakan dalam penghasilan beberapa produk hiliran seperti kosmetik dan bahan makanan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

No comments:

Post a Comment