KOTA KINABALU: Pelaburan komersil bagi mengusahakan rumpai laut
di Sabah kini berjumlah RM703 juta yang menyediakan 13,000 pekerjaan, kata
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Katanya, ini dapat dicapai berikutan percambahan industri rumpai laut di pantai utara dan timur Sabah di mana airnya ideal bagi tanaman itu dan ia secara tradisinya dimakan oleh komuniti yang tinggal di bahagian pantai.

"Rumpai
laut juga kini dikenal pasti sebagai komponen penting Bidang Ekonomi Utama Negara
bagi pertanian," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Sains dan
Nutrisi Antarabangsa di sini, malam tadi.
No comments:
Post a Comment