Adakah anda pernah
mengalami sakit yang pelik-pelik..maksud saya bukan demam, selesema atau
batuk2.
Jika anda mengalami kebas
jari, terasa badan lemah,rasa nak pitam, tetiba Nampak banyak bintang, rasa
gayat,susah nak tidur,telinga berdesing, mata kabur,cepat lupa,
Inilah penyakit2 yang
dialami salah seorang ahli keluarga kami. Walaupun makan bermacam vitamin dan
pergi jumpa beberapa doctor swasta dan di klinik kerajaan tapi tidak juga
berkesudahan..pernah juga di scan tapi tak Nampak penyakit sebenar dimana,
kerana jika ada patah, keretakan mungkin dapat dilihat tapi jika sakit saraf ianya
tidak dapat dilihat dengan imbasan.
Setelah bosan dengan
ubat-ubatan ini dan penyakit semakin teruk.maka baru terfikir mencari dalam
internet apa2 info tentang penyakit2 ini ..Terima kasih pada kemudahan internet
dan Tuan punya rawatan Mahsuri..Walau pun baru sekali membuat rawatan di sini
tetapi ianya menampakkan kelegaan..rawatan susulan perlu kerana sudah lama
mengalami penyakit ini..tidak mudah menyembuhkan penyakit yang sekian lama
bertapak dalam badan k..
Rawatan ini tidak
menggunakan ilmu gelap2/ halus2..hanyalah menggunakan tenaga eletrik melalui doctor.
Juga selamat untuk kanak2.
Tiada pantang larang, macam biasa Cuma doctor nasihatkan supaya menjaga
kesihatan..
Kalau sudah teruk, makan
vitamin banyak2 dan mahal2 pun tak guna..Sama-sama kita jaga kesihatan..
Dibawah adalah salah satu
info yang dikongsi oleh Pusat Rawatan Mahsuri. Untuk keterangan dan banyak
info2 lain sila ke
http://www.mahsuri.com.my/
Rawat Penyakit Saraf
Senario di mana seseorang
jatuh sakit secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda awal semakin kerap berlaku dalam
kalangan masyarakat hari ini.
Keadaan
ini bukanlah menunjukkan bahawa masyarakat tidak peka dengan kesihatan diri
masing-masing, tetapi penyakit hari ini dilihat semakin ‘bijak’ kerana apabila
berada di tahap yang kritikal barulah ia menunjukkan simptom-simptomnya.
Untuk
itu setiap orang disaran agar menjalani pemeriksaan secara berkala bagi
mengetahui tahap kesihatan dan mengenal pasti apa jua jenis penyakit yang
dihidapi.
Begitupun,
ada penyakit yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal dan ada juga sakit
yang tidak dapat diterangkan apakah jenis penyakitnya.
Begitu
juga dengan penyakit saraf di mana penyakit ini tidak dapat dikesan pada
peringkat awal tetapi tanda-tandanya sudah kelihatan pada mana-mana individu
yang mengalami.
Tanda-tanda
kesakitan yang dialami tidak pernah di ambil berat oleh penghidapnya kerana
kesakitan itu muncul secara tiba-tiba.
Malah
kesakitan yang lazimnya dialami adalah kesakitan yang tidak dapat diterangkan
dan ia berbeza daripada biasa.
Sekiranya
mana-mana individu yang mengalami kesakitan pada mana-mana tubuh badan tetapi
tidak dapat diterangkan secara terperinci, berkemungkinan individu tersebut
mengalami kesakitan saraf.
Kesakitan saraf
atau neuropatik adalah sejenis kesakitan kronik yang berpunca daripada
kerosakan pada saraf yang berfungsi mengesan kesakitan, atau pada bahagian
dalam sistem saraf yang menghantar isyarat kesakitan seperti saraf tunjang
atau otak.
“Kesakitan
saraf boleh membawa kesan negatif yang signifikan dalam rutin harian pesakit
serta kualiti kehidupan mereka.
“Ramai
penghidap penyakit ini menghadapi kesukaran untuk tidur, hilang tumpuan serta
selalu berasa letih dan tidak bermaya.
“Ada
yang langsung tidak boleh mengenakan pakaian kerana mengalami kesakitan yang
teramat sangat apabila pakaian bersentuhan dengan kulit.
Pesakit
yang mengalami penyakit ini juga boleh mengalami kemurungan yang teruk di
samping kebimbangan yang tinggi dalam diri masing-masing.
Ini
kerana mereka sentiasa berfikir bagaimana untuk menyembuhkan penyakit tersebut
selain sentiasa berfikir untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit
mereka.
Pada
masa yang sama, pesakit yang mengalami penyakit ini sering menghadapi masalah
untuk menerangkan kesakitan yang dialami.
“Keadaan
ini juga secara tidak langsung menunjukkan perbezaan dalam fisiologi dan
psikologi yang mempengaruhi cara seseorang itu menerangkan kesakitan mereka.
Sehingga
hari ini tiada ujian diagnostik yang dapat membuktikan bahawa kesakitan itu
wujud.
Kerana
leher terletak di antara fikiran dan badan, ia cenderung untuk mendaftar
konflik di antara mereka, menyebabkan sakit atau ketegangan leher. Ketegangan
leher cenderung untuk mengumpul apabila keperluan sama ada badan atau minda
diabaikan, mewujudkan ketidakseimbangan tenaga.
Sebagai contoh, badan anda boleh letih dan perlu berehat, tetapi
fikiran anda mungkin berfikir bahawa anda perlu bekerja. Ini jenis konflik
fikiran-tubuh biasanya menghasilkan ketegangan leher, begitu juga dengan orang
lain seperti penumpuan yang berlebihan terhadap bahan-bahan dan kegiatan
intelektual pada perbelanjaan dimensi spiritual dan
emosi kehidupan kita.
Apabila
leher tegang, ia mempunyai kesukaran yang betul menyokong kepala, yang
mempunyai berat kira-kira 10-15 paun. Tekanan emosi dan terikan mewujudkan satu
beban tambahan pada otot belakang dan mewujudkan lebih banyak ketegangan.
Kerana ramai yang tidak tahu bagaimana untuk melegakan ketegangan ini, ia
membina dan boleh menjadi kronik. Ketegangan leher, sakit, kebas, dan juga
memicit saraf di leher terlalu biasa.
No comments:
Post a Comment