KUALA
LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan
boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk
menyebabkan kematian seperti strok haba.
Ketua Pengarah
Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil
langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi
kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.
“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.
“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas
laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula
minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang
menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.
Tambah Dr. Noor
Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat
kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.
“Mereka yang
terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli
sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah
kepada cuaca panas.
“Orang dewasa
berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang
lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem
pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga
antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.
Sementara itu,
pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan
Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang
boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.
“Masalah
kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan
panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan
strok haba berlaku.
“Minum banyak
air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca
panas terik,” katanya.
No comments:
Post a Comment