Sebuah
kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu
pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma
tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?
Dengan serta
merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke
dalam bot penyelamat sendirian.
Wanita itu
berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada
suaminya.
Cikgu kemudian
berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"
Hampir semua
murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"
Cikgu perasan
seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"
Cikgu itu
terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"
Budak itu
menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."
Cikgu kemudian
menyambung,
"Betul jawapan tu."
"Betul jawapan tu."
Kapal itu
tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka
sendirian.
Beberapa tahun
selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa
mereka mengemas.
Rupanya semasa
orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap
penyakit yang akan meragut nyawa.
Ayah mereka
menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."
Cikgu sudah
berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.
Cikgu itu tahu
anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan
yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk
difahami.
Itulah sebabnya
kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa
memahami mereka dulu.
Mereka yang suka
belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan
persahabatan melebihi duit.
Mereka yang
rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami
maksud tanggungjawab.
Mereka yang
memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab
mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
Mereka yang sukarela
membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat
anda sebagai seorang sahabat.
Mereka yang
selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab
mereka mengingati anda.
Satu hari, kita
semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang
kita ada.
Hari berganti
hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
Satu hari anak
kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
"Siapa mereka semua tu?"
Dan kita
tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan
kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN
MEREKALAH
SAYA pernah ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA.
SAYA pernah ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA.
No comments:
Post a Comment