Thursday, 22 August 2013

Betul ke rumpai laut tiada kolagen???

Sejak akhir-akhir ini, terdapat penyebaran dari individu dan blog-blog tertentu bahawa rumpai laut tidak mengandungi kolagen dan tiada langsung kebaikan dalam bidang kosmetik.
Jangan terpengaruh dengan dakwaan ini kerana ianya mungkin disebarkan oleh pengusaha-pengusaha kolagen dari sumber lain yang cemburu dengan industri rumpai laut yang mencecah 4 bilion setahun di Malaysia.

Sejak keberkesanan rumpai laut dalam bidang kosmetik dan kesihatan 'meletup' di Malaysia, jualan produk-produk kolagen lain merosot dengan mendadak. Kenapa tidak, rumpai laut adalah jauh lebih murah berbanding dengan produk-produk kolagen tersebut. Perbuatan sabotaj seperti ini pernah terjadi kepada industri minyak sawit kita suatu ketika dahulu, dimana pengusaha-pengusaha industri minyak Soya, khususnya dari US pernah memfitnah minyak Kelapa Sawit boleh menyebabkan kanser.

Projek Rumpai Laut adalah adalah salah satu projek yang dimulakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Kajian-kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar dari UMS, British Medical Board, Harvard dan banyak lagi pakar-pakar dari dalam dan luar negara yang mendapati bahawa rumpai laut mengandungi pelbagai khasiat yang sangat tinggi bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan.


Jika anda menerima penyebaran sebegini jangan like atau share kerana anda bersubahat menghancurkan industri rumpai laut negara.

No comments:

Post a Comment