Tuesday, 1 April 2014

Rumpai laut dalam Wanita Hari Ini. TV3




www.ashrynshop.blogspot.com
ADAKAH RUMPAI LAUT ADA COLLAGEN?

Prof Madya Dr Suhaimi Yasir  adalah Ketua Pengarah Unit Penyelidikan Rumpai Laut Sabah,UMS & Hardiyanti Nirwan Ben ialah Penganalisis Saintifik & Pembagunan Perniagaan TPM Biotech adalah panel yang terlibat dalam perbincangan ini.

Ulasan daripada rancangan ini...

Dikatakan  tiada kolagen di dalam rumpai laut ini. Ia hanya digunakan oleh rakyat Malaysia sebagai terminologi untuk memanggil rumpai laut kerana sifatnya seperti kolagen.Dari segi sains kolagen adalah komponen protein polimer maknanya bahan asasnya adalah protein. Ini tidak sama dengan bahan asas dalam rumpai laut kerana strukturnya terdiri dari karbohidrat. 

Tetapi rumpai laut ini tinggi dengan serat, protein, mineral, Asid Amino di mana peranan protein & Asid Amino ini membantu dalam menambah baik kolagen yang sedia ada dalam tubuh badan kita. Secara tidak langsung bila kita makan rumpai laut ini sendiri dapat menambah baik kolagen dalam badan dan itu membantu dari segi struktur kulit yang cantik, keanjalan dan sebagainya.

Rumpai laut diistilahkan sebagai organic vegetables, juga mengandungi fibre & potassium yang tinggi. Rumpai laut ini digunakan untuk makanan untuk kecantikan dan juga untuk kesihatan. 

Dalam satu penyelidikan dan kajian menggunakan haiwan iaitu tikus. Kesannya adalah positif. Di mana tikus ini diletakkan kolestrol yang tinggi dan apabila disuntik dengan rumpai laut ini taraf kolestrolnya menurun. 

Hardiyanti Nirwan Ben (Penganalisis Saintifik & Pembagunan Perniagaan TPM Biotech) pula memberitahu
Rumpai laut ini penuh dengan mineral, zat, protein dan vitamin (B,C,D,E,Antioksidan) dapat membantu dalam masalah kulit dan juga ekzema. Jika amalkan dan makan hari-hari boleh mengekalkan kandungan kolagen dalam badan yang menyebabkan kulit tegang dan sebagainya, dan memang telah terbukti. Produk-produk kosmetik berasaskan rumpai laut sedang dibangunkan di Malaysia.

Rumpai laut ini adalah bahan organik dan selamat digunakan.
Prof Madya Dr Suhaimi Nasir berkata rumpai laut boleh diambil berterusan tidak memudaratkan.Pengambilan rumpai laut untuk kesihatan dan kecantikan adalah langkah yang terbaik kerana ianya 100% semula jadi dan harga yang berpatutan.. 

Antara testimoni yang ditunjukkan dalam rancangan ini ialah sembelit sembuh dan kulit menjadi halus.

Rumpai laut ini akan dibangunkan dan akan di komersialkan. Kerajaan telah melabur dalam jumlah yang banyak untuk memenuhi permintaan global. Sememangnya ia sangat berkesan untuk kesihatan dan kecantikan.
Itulah yang dikatakan keajaiban Rumpai Laut.

sumber : Wanita Hari Ini, 24 April 2013 (Rabu)
sila ke www.tonton.com.my untuk menonton rancangan ini.


No comments:

Post a Comment