Tuesday, 1 April 2014

Mineral laut banyak manfaat kepada kulit

Mineral laut banyak manfaat kepada kulit
2014/04/02 - 07:16:57 AM Oleh Mahani Ishak | mahani@bh.com.my


Usia adalah takdir yang tidak dapat dielak, namun wanita tetap berusaha menjalani gaya hidup sihat, senaman serta pemakanan seimbang termasuk menggunakan kosmetik anti penuaan supaya wajah kekal cantik.

Penggunaan mineral laut antara regim kecantikan bagi kebanyakan produk yang diformulasikan dengan teknologi kecantikan, menjadikan impian wanita untuk kekal awet muda menjadi kenyataan.


Misalnya, penggunaan undaria pinnatifida sejenis rumpai laut berkesan mengurang kedutan manakala dictyopteris membranacea didapati, boleh menghilang bintik hitam dan alaria esculenta mengembalikan keremajaan kulit.

Apa yang pasti, mineral laut memberikan banyak manfaat untuk memiliki kulit cantik seperti licin, bersih dan sihat. Bahkan, ia turut membantu membentuk kontur wajah iaitu menerusi penggunaan mineral laut yang dikenali ulva lactuca alga.


Justeru, produk daripada bahan marin, Algotherm, diketengahkan dan ia ada lima produk baharu yang berupaya menangani empat faktor penuaan menerusi regim kecantikan mudah.



Sumber : Berita Harian online sila ke http://www.bharian.com.my/bharian

No comments:

Post a Comment