Penjagaan rapi, saiz coli dan senaman yang betul
membentuk kesempurnaan
Ketika masih anak gadis, payudara wanita semestinya
cantik membulat, anjal dan padat. Selepas usia mencecah usia 30-an terutama
bermula 35 tahun dan ke atas, bentuk payudara akan mulai berubah menjadi
mengendur dan tidak seanjal waktu muda dulu.
Antara faktor lain, kelahiran anak, perubahan bentuk
tubuh dan pengabaian penjagaan aset itu menyebabkan payudara jatuh atau kurang
menarik.
Disebabkan faktor berkenaan, pelbagai cara dilakukan
dan pendekatan berbeza dilakukan wanita untuk memastikan bentuk payudara untuk
kekal menarik, antaranya menyapu krim menganjalkan payudara, melakukan
pembedahan kosmetik, selain mengambil makanan tambahan yang mengandungi
kolagen.
Sedar atau tidak, perkara asas malah paling utama
perlu diketahui wanita ialah pemilihan dan pemakaian coli secara betul dan
sepatutnya diamalkan sejak remaja lagi, di samping pemakanan seimbang atau
aktiviti senaman untuk kesihatan anggota itu.
Sememangnya kerana kurang pendedahan terhadap
penjagaan payudara, ramai terpaksa berhadapan dengan masalah kecantikan aset
berkenaan.
Salah pakai coli
Mengikut Pakar Pengamal Perubatan Cina, K H Lau,
cara mengenal pasti wanita itu tidak memakai coli dengan cara betul adalah
melihat kepada lelemak yang terkumpul di belakang badannya.
Jelasnya, dalam mengekalkan payudara yang cantik,
wanita perlu menyeluk bahagian tepi payudara sebelah ketiak, menolaknya ke
depan dan menongkat asetnya itu ke atas ketika memakai coli.
Melalui cara itu, segala lemak perlu yang mengisi payudara
dapat dikumpul kemas dalam mangkuk coli.
“Kita lihat, ramai yang belakang badannya khususnya
pada bahagian tepi berlipat dengan tali coli sehingga tampak berlapis-lapis
membuatkan jelas kelihatan lemak terkumpul.
“Ini kerana ketika memakai coli mereka tidak menarik
payudara mereka ke depan dengan betul dan akibatnya, lemak yang sepatutnya
menjadi sebahagian daripada payudara sudah ‘tertolak’ ke tepi dan belakang
badan,” katanya yang turut menafikan ia berlaku disebabkan kerana saiz badan
gempal.
Pemakaian coli tidak sesuai juga katanya membuatkan
bentuk payudara wanita kurang menarik.
Senaman joging, jelas Lau juga tidak sesuai kerana
ia akan membuatkan payudara lebih mudah kendur akibat graviti.
Instrumen senaman payudara
Melihat alternatif lain untuk mengembalikan bentuk
payudara cantik, ada satu alat senaman payu dara dari Taiwan yang direka pereka
tempatan yang ketika pameran Perdagangan Kecantikan Profesional Malaysia 2014
yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.
Selanjutnya sila ke: http://www.bharian.com.my/
No comments:
Post a Comment