• Fungsi peti kecemasan ni adalah untuk
bantuan kecederaan semasa ber"camping" atau di mana-mana sahaja yang
berlakunya kecemasan..
• Atau mengalami luka semasa lakukan
kerja..
ini adalah antara peralatan dan ubat-ubatan yang perlu ada dekat dalam peti
kecemasan nanti..
pasti
kan ubat yang penting cukup untuk setiap kecemasan..
kalau
rasa nak bawak ubat sendiri pun okey, sangat digalakkan..
antara
peralatan nya adalah :
• Handyplast
• Panadol
• Vicks (minyak angin)
• Burnol ( untuk luka terbakar,
melecet)
• Antiseptic Cream
• Bandange
• Sarung tangan
• Ketip kuku
• Penyepit (Tweezers)
• dan sebagainya lah..huhu
Jenis
luka ada 2
• Luka Kecil
• Luka Besar
1) Contoh untuk luka kecil adalah luka yang
menyebabkan bahagian tisu kulit kita terkoyak sedikit dan berdarah, melecet,
terbakar dan sebagainya..
cara-cara
nak rawatan untuk luka kecil?
• mula-mula alirkan air bersih dekat
luka
• pastu keringkan dengan kain bersih
dan kain yang lembut
• perlu bersihkan keliling luka dengan
kapas tak pun guna kain bersih dan
lembut yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik pun boleh
• terakhir, sila balut dengan kain
bersih atau pembalut (bandange)
2) Luka Besar
contoh
luka besar adalah : sama macam luka kecil tapi yang nie luka dia lebih besar
macam luka kat perut, kaki, tangan, kepala dan sebagainya..
kalau
luka besar kita guna kan cara rawatan yang sama dengan luka kecil tadi..
kalau luka
yang terkena paku jangan dicabut tapi balut dengan teliti dan tidak boleh ikat
mati..
W E B
W =
Wash, E = Elevate, B = Bind
3) Kecederaan patah
untuk
rawatan kecedaraan patah apa yang perlu dilakukan?
• Jangan gerakkan bahagian yang patah.
• Rawat dan hentikan pendarahan luka
jika ada.
• Jangan tekan pada luka sekiranya ada
tulang terkeluar.
• Buat tuapan dengan mengikat kayu,
kertas tebal, suratkhabar dan sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang
patah.
• Sokong bahagian cedera dalam posisi
yang sangat selesa. Jika patah lengan, rehatkan bahagian tersebut menggunakan
bantal atau kusyen
• Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada
anggota badan yang tidak cedera.
• Dapatkan rawatan lanjut.
4) Pengsan
pengsan
ada 2 situasi : situasi yang pertama seseorang tu pengsan kita nampak dan yang
kedua kita tak nampak dia pengsan disebabkan apa..
Rawatan
untuk pengsan?
• Baringkan mangsa dan tinggikan kaki
dengan alas bantal, buku dan sebagainya.
• Longgarkan pakaian yang ketat.
• Bukak kasut, stokin mangsa.
• Berikan ruang bagi oksigen.
• Pastikan udara bersih mencukupi.
• Periksa lain- lain kecederaan jika
ada.
• Tunggu sehingga mangsa sedar dan
pulih.
• Selain itu rawatan CPR juga boleh
dilakukan.
untuk
rawatan pengsan yang kita tak nampak pulak adalah :
D R A B
C
D =
Danger, R = Respons, A= Airway, B = Breathing, C = Circulation
Danger
• kita perlu lihat bahaya sekeliling
dahulu
• tengok keselematan untuk diri sendiri
sebelum memberi bantuan
• jauhkan bahaya daripada mangsa
Respons
• cuba untuk buat mangsa sedar daripada
pengsan
• panggil nama mangsa
• gerakkan sedikit badan mangsa dengan
menepuk dibahu
Airway
• cuba periksa saluran pernafasan
mangsa
• kemudian periksa mulut mangsa
Breathing
• periksa pernafasan mangsa
• lakukan posisi "tonic neck
reflex" kepada mangsa
Circulation
• periksa nadi mangsa
• periksa peredaran darah mangsa
5)
Tercekik
kalau
seseorang itu mengalami keadaan tercekik, dia akan menunjukkan tangannya pada
leher sambil cuba bercakap "tolong! tolong! saya tercekik" tapi suara
tak dengar..
contoh
tercekik disebabkan makan makanan yang bertulang seperti ikan dan ayam lepas
tue makan sambil bercakap.. hehe..
kita
boleh guna teknik Heimlich Manuver untuk tolong mangsa yang tercekik..
Cara
rawatan untuk situasi kecemasan tercekik? :
• Berdiri belakang mangsa dan bersedia
dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba membantu.
• Peluk kedua-dua tangan anda di
tengah-tengah perutnya.
• Genggam satu tangan dan letakkan di
tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka (ulu hati).
• Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke
atas beberapa kali sehingga objek yang tersekat itu keluar.
• Jika anda tercekik dan berseorangan,
buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling
sesuatu atau apa saja yang boleh membantu.
• Cari hujung penyandar kerusi yang
tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka
anda.
• Tekan perut anda dengan kuat sehingga
objek tersebut keluar.
kalau
mangsa tue pengsan selepas tercekik? kita kena....
• Baring dan terlentangkan mangsa dalam
posisi "tonic neck reflex"
• Dapatkan bantuan dan hubungi
ambulans.
• Buka mulut mangsa, periksa bendasing
dan keluarkan dengan jari jika ada.
• Buka saluran pernafasannya (teknik
angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa pernafasan.
• Jika tiada , lakukan bantuan
pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa
• Jika tiada masih tiada pergerakan,
beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan sama seperti CPR).
posisi
"tonic neck reflex"
6)
Terbakar dan Melecur
terbakar
dengan melecur nie ada beberapa peringkat..contohnya peringkat kecil, teruk dan
bahan kimia..
contoh
rawatan yang perlu diberikan :
Kecederaan
Kecil
• Segera sejukkan dengan air paip yang
mengalir atau rendam dalam takungan air atau balut dengan kain basah selama 5
minit sehingga hilang sakit.
• Tanggalkan cincin, jam atau barang
kemas pada tempat cedera.
• Jangan pecahkan gelembong atau
tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang cedera.
• Balut dengan kain bersih.
Kecederaan
Teruk
• Baringkan dan siramkan dengan air
selama 10 minit.
• Periksa pernafasan dan nadinya.
• Tanggalkan barang kemas, jam, tali
pinggang atau benda yang dipakai ketat.
• Jangan tanggalkan pakaian yang
melekat pada tempat yang terbakar.
• Balut tempat yang cedera dengan kain
bersih.
• Selimutkan mangsa dan dapatkan
rawatan lanjut dengan segera.
Kecederaan
disebabkan bahan kimia
• Segera alirkan air di tempat yang
cedera selama 5 minit.
• Balut kecederaan dengan kain bersih.
• Dapatkan rawatan lanjut dengan
segera.
• Berhati-hati supaya bahan kimia
tersebut tidak terkena pada anda.
Sumber : My metro & Majalah Mama
No comments:
Post a Comment