Perbezaan kandungan rummpai laut ungu dan yang putih dikatakan
memiliki bahan antoksida pada rumpai laut yang berwarna ungu. Ini kerana dari
pembawaaan warna pigment ungu. apa tu ANTIOKSIDA ?....sila baca maklumat seterusnya.....
ANTIOKSIDA
Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan
tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan
mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal,
protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan
melengkapkan kekurangan elektron yang
dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari
pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan
oksidatif.
Ada beberapa bentuk
bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. pelbagai jenis bahan
antioksida ini berkerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan
radikal bebas.
TUBUH LEBIH TAHAN
SERANGAN PENYAKIT
Kerana memiliki
agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
MENDAPAT KEMBALI KEANJALAN, KELEMBUTAN KULIT
MENDAPAT KEMBALI KEANJALAN, KELEMBUTAN KULIT
Ia mempercepat
pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari
sinaran ultra violet.
PERTUMBUHAN RAMBUT LEBIH BAIK DAN KELEMUMUR AKAN HILANG
PERTUMBUHAN RAMBUT LEBIH BAIK DAN KELEMUMUR AKAN HILANG
Sel rambut akan mendapat
tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
MENGATASI MASALAH
PENYAKIT DEGENERATIF DAN MASALAH USIA UMUR LANJUT Anti oksida semulajadi dalam
rumpai laut adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
Kebaikan antioksida Bantu atasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel
badan
KONSEP kembali ke alam
semula jadi menjadi semakin popular bagi yang ingin memelihara kecantikan dan
kesihatan diri. Penggunaan bahan semula jadi khsusunya yang mengandungi
antioksida terutama tumbuh-tumbuhan dalam merawat kecantikan juga semakin
banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.
Menyedari kepentingan
antioksida, kebanyakan pengeluar produk berkaitan kecantikan sama ada pemakanan
mahupun penjagaan kulit mendakwa produk dihasilkan mengandungi bahan anti
oksida khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi.
Bagaimanapun sebagai
pengguna, harus berhati-hati dengan dakwaan ini kerana antioksida sebenarnya
bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus
ke atas kulit. Antara cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan akibat
radikal bebas adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksida.
Hasil kajian saintifik
juga menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan mengandungi bahan antioksida
yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dialami manusia
hari ini. Antaranya, buah quince yang terkenal dengan warna kuning keemasan
ini, dikatakan kaya dengan antioksida yang bermanfaat untuk awet muda.
INFO: ANTIOKSIDA
* Amat penting bagi menentang radikal
bebas yang menyebabkan masalah penuaan dan pelbagai penyakit lain seperti
barah. Radikal bebas masuk ke tubuh apabila kita menyedut udara yang tercemar
seperti asap rokok. Ini menyebabkan berlaku proses pengoksidaan yang merosakkan
sel sihat dan menyebabkan anda tampak tua dan kurang sihat. Bagi mengatasinya,
antioksida digunakan bagi mengawal proses pengoksidaan ini.
* Antioksida adalah penawar semula jadi yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas itu.
* Lebih menarik, antioksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas, selain memainkan peranan penting bagi membina dan mengekalkan kekebalan badan. Ini berlaku dengan menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisme pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisme lain yang menyumbang kepada proses penuaan.
* Mengamalkan pemakanan seimbang dan pelbagai makanan yang kaya dengan antioksida dalam menu harian dapat membekalkan badan dengan bekalan antioksida secukupnya.

Dari mana
datangnya radikal bebas dan apa kesannya?
Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan sebatian badan dan menghasilkan molekul yang sangat tidak stabil. Molekul ini dikenali sebagai radikal bebas. Selain dari proses biasa badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres pengoksidaan.
Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.
Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui pertalian antara stres pengoksidaan dengan lebih dari 200 jenis penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif.
Bagaimana menangani radikal bebas?
Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebas. Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan beta karotina.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi mendapati bahawa sumber terbaik anti-oksidan boleh diperolehi dari berbagai-bagai jenis tumbuhan.
Terdapat beberapa produk pemakanan tambahan . Ia digabungkan dengan beberapa buah-buahan lain yang mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi dan ditambah dengan bahan-bahan lain untuk memperbaiki sistem badan yang telah rosak akibat serangan radikal bebas.

Kecantikan melalui kulit dan kebaikan antioksdia
Radikal bebas daripada
proses pengoksidaan sering kali merupakan musuh utama bagi kecantikan kulit. Ia adalah sangat reaktif dan boleh
disumbangkan oleh faktor persekitaran, makanan dan juga daripada tubuh kita
sendiri. Serangan radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan dan kematian
sel-sel serta mempercepatkan proses penuaan kulit atau penuaan pramatang, dan
menganggu kecantikan secara nyata.
Selain itu, radiasi
ultraungu (UV) daripada matahari juga boleh mengganggu penghasilan kolagen
kulit dan meningkatkan kadar degradasinya. Kolagen adalah sejenis protein yang
penting untuk kekuatan dan integrasi kulit. Degradasi terhadap kolagen boleh
mempercepatkan proses penuaan kulit dan pembentukan kedutan pada permukaan
kulit. Kedutan terhasil secara halusi menyumbang faktor kesan kepada kecantikan
kulit itu sendiri.
Bentuk antioksida yang
paling baik untuk melindungi kulit anda daripada pendedahan matahari dan
radikal bebas adalah pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dalam diet
anda.Nutrien seperti beta-karotena, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, mineral
zink dan selenium memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit.
Pengambilan antioksida
yang mencukupi ini boleh mencegah kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas.
Sistem utama bagi menjamin kecantikan kulit adalah perlindungan dari dalam dan
dengan itu pengambilan nutrien adalah amat penting.
Kecantikan dan kepentingan vitamin
mineral
Beta-karotena juga
dikenali sebagai Pro-vitamin A yang boleh diperoleh daripada buah-buahan dan
sayur-sayuran berfungsi sebagai antioksida dan mampu meneutralkan radikal bebas
dengan berkesan.
Vitamin C pula
diperlukan dalam proses penghasilan kolagen kulit. Ia menyerupai fungsi vitamin
E sebagai nutrien anti-radikal bebas utama yang boleh melindungi sel daripada
serangan radikal bebas dalam tubuh serta melawan kesan kerosakan radikal bebas.
Sebagai bahan ANTIOKSIDAN didalam
tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan
oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah
tinggi, sakit jantung, stroke , barah dsbgnya. Radikal bebas ini terhasil
secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan
juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara , makanan) ,
stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari matahari dsbgnya
Sumber :-
http://www.google.com/imgres?um=1&hl=en&say9229YcM:&imgrefurl= http://www.cepp.utm.my/rcentre/download_view.php%3Fdownload%3D1688&dochttp://www.cepp.utm.my/rcentre/files/Antioksidan.jpg&w=874&h=544&ei
Terima kasih
banyak-banyak pada sumber2 ini.
No comments:
Post a Comment