Hari ini adalah hari yang istimewa kerana selain anak memulakan persekolahan, Ashryn Ryn Enterprise mendapat kelulusan dari SSM. Cuti menguruskan hari pertama persekolahan, saya dan suami mengambil kesempatan untuk menguruskan beberapa perkara.
Saya dan suami sampai ke bangunan KPDNKK pada pukul 2.45 petang, selesai dalam pukul 4 petang sebab pelanggan agak ramai..Terima kasih staf kat sini, mereka layan pelanggan dengan baik..tempat pun selesa, perkhidmatan yang baik..Tahniah !
Jika ada yang berhajat mendaftarkan perniagaan, Putrajaya adalah salah satu tempat pendaftarannya.Tempatnya berdekatan dengan Jabatan Imigresen. Pergi ke kaunter pertanyaan dan beritahu tujuan anda. Staf akan memberikan borang dan isikan. Setelah siap, pergi ke kaunter pertanyaan sekali lagi dan tunjukkan borang tadi, staf akan memeriksa dan jika ok, anda akan di kehendaki menekan no telefon di mesin angka giliran.
Jumlah keseluruhan yang dibayar untuk setahun ialah RM 70.00
Tips1: Jangan letak kereta anda dibahu jalan walaupun nampak lapang, silap haribulan anda akan di saman, elok-elok senyum sampai ketelinga, yalah.. dapat kelulusan SSM sampai kat keta terus muka mencuka...
Tips 2 : Sediakan beberapa nama yang hendak didaftarkan, taklah macam saya ketiga-tiga nama cadangan tidak boleh digunakan kerana sudah ada orang yang menggunakanya dan 2 lagi mengandungi nombor. Mulanya saya nak daftarkan nama "Ashryn Enterprise" tetapi dah ada yang menggunakanya, walaupun saya nak tukarkan ejaan kepada Ashrin Enterprise pun tak boleh kerana sebutan hampir sama..Petugas beri cadangan letak Ashryn Global Enterprise tapi takut lak..macam besar sangat perniagaan saya.Akhirnya saya daftarkan atas nama Ashryn Ryn Enterprise..Nama ni boleh di tukar dimasa akan datang tapi kena bayar sikit..
Tip 3. Tuliskan beberapa jenis perniagaan dalam borang tu..ruangan banyak..tak taulah max berapa tapi saya isi banyak tiada masalah.Walaupun anda belum menjual tetapi bercadang menjual dimasa akan datang, masukkan saja..
Mungkin anda boleh contohi cara saya..
Menjual produk kecantikan dan kesihatan
Menjual kraftangan / cendramata dan aksesori
Menjual barangan rumah dan pakaian
Perkhidmatan gambar dan komputer
Menjual makanan dan minuman
Kosongkan bahagian kod perkhidmatan..isikan perihal perniagaan shj..
Opps..12.15 esok keja ..lain kali sambung..
No comments:
Post a Comment