Wednesday, 1 January 2014

Kenapa kopi tidak boleh diminum bersama vitamin?

Tahukah anda? Bila anda makan vitamin tidak boleh minum dengan kopi dan teh. Kalau nak minum juga
Kena jarakkan masa pengambilannya KERANA..

Kopi dan teh ada kafien. Kafien ni mengganggu penyerapan vitamin dalam tubuh badan.
Kalau anda makan juga tiada maknanya..rugi je anda beli vitamin mahal-mahal.

Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya..

KALSIUM

Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.

VITAMIN D

Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh.

VITAMIN B

Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.

Haaa ada sebab tau tak boleh ambil dengan Vitamin..Kesimpulannya.. Jarakkan masa pengambilan vitamin anda dengan kopi dan teh yer..Kalau tak vitamin tue tak berkesan..


sumber :sila ke blog :ourlovebonding.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment