Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil
secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. kafein
juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa
di dalam sesetengah makanan.
Kafein dikenali juga di kenali dengan nama
kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk
serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.
Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin
terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko.
Kafein boleh ditemui dalam biji kopi (Coffea
Arabica) , daun teh (Theasinensis) dan
biji koko (Theobrama cacao). Kafein juga boleh didapati dalam lebih 60 jenis
tumbuh-tumbuhan lain. Antaranya pokok guarana (Paullinia cupana) yang terdapat
di Amazon. Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan. Kebanyakan
remaja sekarang begitu gemar mengambil minuman berkarbonat kola yang bukan
sahaja mengandungi kafein tetapi juga kandungan gula yang tinggi. kafein juga
digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit.
Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan
mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma.
Kesan Pengambilan Kafein
Kesan pengambilan kafein bergantung kepada
jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara
purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang
kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein
bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan
pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih
banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk
mencapai tahap kenikmatannya.
Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah
beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan
kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka
masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein
yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya
bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam.
Terdapat beberapa faktor yang melambat jangka hayat kafein dalam tubuh kita,
antaranya seseorang yang mengambil ubat-ubatan, menghidap penyakit hati dan
wanita mengandung.
Oleh itu, bagi wanita mengandung pengambilan
kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali kerana kafein akan meningkatkan risiko
keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh
mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.
Kafein boleh menyebabkan pesakit yang
mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan
kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.
Kajian telah menunjukkan bahawa kafein memberi
kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Kafein cenderung untuk
merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung,
pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh
pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan
menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air
berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi
kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan. Di sini kafein bertindak
mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak.
Dalam situasi begini adalah penting kepada
remaja yang aktif bersukan dan gemar mengambil minuman berkafein agar meminum
air yang tidak berkafein secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan
pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta
potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk
rehat selepas menjalani senaman. Bagi wanita dalam peringkat menopaus yang gemar mangambil minuman berkafein akan
mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan
mineral tersebut.
Walaupun kesan kafein berbeza di antara
seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan
agar mengambil tidak lebih dari 100 mg
kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat
pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan
kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan
kafein yang unggul dapatkan nasihat
doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin
alah kepada kafein.
Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein
(dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi
cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi
pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada
dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu,
berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.
Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh
cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa
takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan
menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut.
Kesan jangka panjang
Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan
ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam
perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut
rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak
mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan
kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu
dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein
boleh menyebabkan ulser.
Masalah Jantung – Terdapat bukti yang
menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu
(cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung
dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian
tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.
Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang
itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan
pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms)
seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit
kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau
ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat.
Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan
mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu,
mengantuk dan sakit kepala.
Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya
mudah. Cara yang berkesan adalah
mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak
serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.
Jenis Makanan &
Minuman
|
Kandungan Kafein (mg)
|
Dos
|
Kopi Tapis/Saring
|
100 – 150
|
satu cawan
|
Kopi Segera
|
50 – 70
|
satu cawan
|
Teh
|
30 – 90
|
satu cawan
|
Teh Uncang
|
65
|
satu cawan
|
Kopi Nyah Kafein
|
1 – 6
|
satu cawan
|
Minuman Kola
|
72
|
360g
|
Soda Oren Sunkist
|
42
|
360g
|
Minuman Coklat Panas
|
5
|
satu cawan
|
Kek Coklat
|
20 – 30
|
satu potong
|
Ubat-ubatan
|
||
Ubat Migrain
|
100 mg/dos
|
|
Analgesik
|
15 - 40 mg/dos
|
|
Batuk/Selsema
|
15 – 125 mg/dos
|
No comments:
Post a Comment