Friday 1 August 2014

Khasiat rumpai laut


Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah sama seperti
khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar yang kaya dengan
vitamin dan mineral seperti besi, magnesium dan karbonat.

Ekstrak rumpai laut  tinggi kandungan mineral dan
kaya dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga,
magnesium dan kalsium.

Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.

Sedikit Huraian kebaikan Rumpai Laut.

Membantu mengekalkan kandungan kolagen dalam badan

Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu mengatasi masalah sembelit dan buasir
 
 Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti Kalsium, Magnesium, Potasium, Vitamin B6, B12, C, A, Omega 3 dan Antioksidan.

Melaraskan berat badan, hormon dan melancarkan peredaran darah

Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia  merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki peredaran darah.

Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut  mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.


Mencegah kanser

Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.

Kandungan Iodine yang tinggi berfungsi untuk menghalang tubuh badan menyerap logam berat yang berbahaya spt plumbum yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang.



Meningkatkan metabolisme, Antibakteria dan membuang toksin

Ekstrak rumpai laut  juga mengandungi alginate, bahan aktif tidak ada rasa dan tidak berbau yang mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.

Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga  mengikat bahan radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

Rumpai laut juga mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Merangsang sistem pertahanan badan

Ekstrak laut juga  mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.

Memperbaiki kesihatan kulit

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut, mengurangkan kedutan kulit dan cerah (Anti penuaan). Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. 

Keberkesanan ini bergantung kepada penerimaan badan seseorang.
Tidak rugi mencuba, ramai yang mengakui mendapat perubahan positif selepas
menggunakan rumpai laut.

Kandungan Rumpai Laut sila ke http://nutritiondata.self.com/facts/vegetables

No comments:

Post a Comment