“Ramai yang tahu, sistem badan kita berhenti bekerja pada waktu malam tapi kita masih lagi lepak di kedai mamak menikmati makan malam sehingga awal pagi. Jadi, ia sudah bertentangan dengan sistem tubuh. Bagaimana ia boleh berehat dan berfungsi dengan baik sepanjang tempoh kehidupan kita?
“Selain itu, amalkan juga tidur dalam gelap tanpa sebarang cahaya. Cahaya membunuh sejenis hormon dipanggil melatonin, iaitu ketua segala hormon untuk penuaan. Tidak tahu mengenai fungsi hormon juga penyebab badan ‘rosak’. Kajian membuktikan pekerja yang bekerja di malam hari seperti jururawat selalu dikesan mendapat kanser payudara dan ia berpunca daripada tindak balas hormon dan cahaya,” katanya.
No comments:
Post a Comment