Paras gula yang stabil amat penting bagi mengekalkan
kebahagiaan di dalam perkahwinan.
Gejala
gula rendah dalam darah tidak baik untuk perkahwinan kerana ia menyebabkan
pasangan lebih cenderung untuk marah dan paras gula yang stabil amat penting
bagi mengekalkan kebahagiaan di dalam perkahwinan. -
Washington:
Gejala gula rendah dalam darah tidak baik untuk perkahwinan kerana ia
menyebabkan pasangan lebih cenderung untuk marah dan bertindak kasar, menurut
kajian terbaharu yang diterbitkan pada Isnin lalu.
Penemuan
itu dilakukan ke atas 107 pasangan berkahwin yang diminta untuk memantau paras
glukosa dalam darah sebelum sarapan pagi dan tidur, setiap hari selama 21 hari.
Sebagai
tambahan, penyelidik turut memberikan mereka patung vodoo mewakili kepentingan
mereka bersama dengan 51 batang jarum. Mereka diarahkan untuk mencucuk patung
menunjukkan perasaan marah mereka terhadap pasangan secara rahsia.
Kajian
mendapati pasangan dengan kandungan darah yang rendah mencucuk lebih banyak
jarum terhadap patung pasangan mereka.
“Apabila
darah mereka mempunyai paras glukosa rendah, mereka berasa marah dan
melepaskannya terhadap patung yang mewakili pasangan mereka,” kata ketua
penulis penyelidikan, Brad Bushman dari Universiti Ohio State.
“Sehinggakan
mereka yang melaporkan hubungan baik dengan pasangan masing-masing turut
cenderung melepaskan kemarahan jika paras glukosa mereka rendah,” katanya.
Menerusi
kajian itu, pasangan terbabit dibawa ke makmal dan diasingkan dalam bilik
berlainan. Mereka diarahkan untuk bermain permainan komputer menentang pasangan
masing-masing.
Setiap
kali mereka menang, mereka disuruh untuk membuat keputusan mengenai berapa kuat
bunyi yang akan didengar pembesar suara pasangan mereka serta berapa lama.
Ia
sebenarnya tidak berlaku dan mereka juga tidak bermain menentang pasangan
masing-masing tetapi menentang komputer yang membenarkan mereka menang 50
peratus pada setiap masa.
Walaupun
begitu, keputusan menunjukkan mereka dengan purata kandungan gula sebelah
petang yang rendah ‘menghantar’ bunyi yang lebih kuat dan lebih panjang kepada
pasangan masing-masing.
Selain
itu, analisa lanjut dilakukan bagi mendapati mereka yang lebih banyak mencucuk
patung dengan jarum lebih cenderung menghantar suara lebih kuat dan lebih
panjang.
“Kami menemui kaitan jelas antara tindak balas
agresif yang dapat dilihat pada anak patung dan kelakuan agresif realiti,” kata
Bushman.
Beliau
menambah, glukosa bertindak sebagai tenaga kepada otak atau organ yang
menggunapakai 20 peratus kalori walaupun ia hanya mewakili dua peratus berat
badan.
Kawalan
diri sendiri diperlukan bagi menguruskan kemarahan dan tindak balas agresif
memerlukan tenaga. Sebahagian daripada tenaga itu dibekalkan oleh glukosa,
katanya. – AFP
sumber :
http://www.bharian.com.my/
No comments:
Post a Comment