Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah
sama seperti
khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar
yang kaya dengan
vitamin dan mineral seperti besi, magnesium
dan karbonat.
Ekstrak rumpai laut tinggi kandungan mineral dan
kaya dengan sumber iodine, zink, besi, kalium,
tembaga,
magnesium dan kalsium.
Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk
kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua
peringkat usia.
Sedikit Huraian kebaikan Rumpai Laut.
Membantu mengekalkan kandungan kolagen dalam
badan
Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan
penghadaman dan dapat membantu mengatasi masalah sembelit dan buasir
Ia
turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti Kalsium,
Magnesium, Potasium, Vitamin B6, B12, C, A, Omega 3 dan Antioksidan.
Melaraskan berat badan, hormon dan melancarkan
peredaran darah
Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk
jantung kerana ia merendahkan kolesterol
dan juga memperbaiki peredaran darah.
Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai
laut mampu mengurangkan gejala-gejala
osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai
laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan
rasa sakit.
Mencegah kanser
Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh
juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.
Kandungan Iodine yang tinggi berfungsi untuk
menghalang tubuh badan menyerap logam berat yang berbahaya spt plumbum yang
boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang.
Meningkatkan metabolisme, Antibakteria dan
membuang toksin
Ekstrak rumpai laut juga mengandungi alginate, bahan aktif tidak
ada rasa dan tidak berbau yang mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus
meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan
berkalori.
Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga mengikat bahan radioaktif dan logam berat,
dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini
kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.
Rumpai laut juga mengandungi seanol,
antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan
di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran
mental.
Merangsang sistem pertahanan badan
Ekstrak laut juga mampu merangsang sistem imun dan membantu
tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk
mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.
Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga
dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan
magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot
flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.
Memperbaiki kesihatan kulit
Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur
dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan
badan licin, halus, lembut, mengurangkan kedutan kulit dan cerah (Anti
penuaan). Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga
boleh dibuat masker.
Keberkesanan ini bergantung kepada penerimaan
badan seseorang.
Tidak rugi mencuba, ramai yang mengakui
mendapat perubahan positif selepas
menggunakan rumpai laut.Kandungan Rumpai Laut sila ke http://nutritiondata.self.com/facts/vegetables
No comments:
Post a Comment